Jumaat, 14 Jun 2013

Petua

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 



 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 

 3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X. 









 5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 
 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)



 7. Program minda/cuci minda 
- Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya 
 8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan
 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 



 10. Kekalkan wuduk. 


 11. Bersedekah. 

 12. Belanja orang makan. 

 13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat. 

 14. Berkawan dengan ulama. 
 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 



 16. Pesan pada orang, supaya jadi baik. 

 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.


Rabu, 12 Jun 2013

Catatan pertama

Well assalammualaikum..emm..memandangkan ni blog yang ketiga yg telah aku buat..so, aku nda mau main-main lagi untuk tulis sesuka hati dan membosankan diri sendiri. Firstly untuk blog yg kali pertama aku suka :3 ne aku nak tulis dan luahkan lah kegilaan yg telah melanda aku ketika ini..well actually aku rasa diri aku dah tiada kesedaran untuk fikir exam...urghhh...SPM ..wake up Ekin !! Wake up...SPM dah nak dekat..ehemm..sesungguhnya aku dah hilang motivasi ...ohh...what happen to me O.O !! Alahaii..kalau nak kata aku terganggu oleh bab cinta-cintun ne tak pulak..because ,yeahhh...aku obviously single and HAPPY . Kalau nak kata hati ne terjatuh ...macam..emmm..jauh..emm..dekat lahh..sikit je..well, cinta facebook ..ahh..mengarut je..ahahh..yang penting aku kena sedar cepat-cepat..alamatnya kalau tidak..tak dapat masuk kolejj...ahhhhrrrrggghhh !!!! KML !! 
ohh yes ..sorry ..terlalu emosi..however ..sepanjang mana pun keluhan dan luahan ini, aku kena jugak cari semangat yang hilang tuhh..ya Allah..bantulah hambamu ini...aku kena cari secepat mungkin ..